Wednesday 23 November 2016

Jenis-jenis tong sampah kitar semula

Terdapat 3 jenis tong sampah kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk membuang sisa yang boleh dikitar semula. Tong-tong sampah kitar semula ini diwarnakan biru, coklat, dan jingga bagi melambangkan kegunaan yang berbeza. Tong sampah kitar semula terdapat di dalam saiz 80 liter, 120 liter, 240 liter, 360 liter dan 660 liter.

Tong sampah kitar semula biru untuk semua kertas berwarna dan tidak berwarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak kadbod tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/alumunium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.

Sunday 15 March 2015

Kitar semula tanggungjawab semua pihak

Manusia adalah khalifah di mukabumi Allah swt ini. Kita diberikan rezeki oleh Allah swt dengan begitu teratur dengan sistem yang telah dikurniakan secara semulajadi. Adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk mengurus semua sumber yang dikurniakan ini untuk manfaat manusia sejagat. Sebagaimana kita menerima sumber dalam keadaan baik daripada Allah swt sewajarnya kita menggunakan sumber ini sebaiknya. Manakala sisa yang terhasil dari penggunaan sumber seharusnya dikembalikan kepada bumi dalam keadaan yang baik juga. Sebaiknya sisa dikembalikan kepada alam dalam keadaan alami yang semulajadi juga.

Kita selalu menganggap tugas kita selesai sebaik sahaja sisa dirumah dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah. Kemudian kita berharap kepada orang lain dan menganggap tugas melupus sampah itu adalah tugas orang lain. Sebagai manusia yang hidup dalam tamadun yang serba maju kita mampu untuk menyumbang lebih daripada itu. Dengan pengetahuan dan teknologi yang maju, sisa yang kita buang keluar dari rumah sepatutnya sampah yang telah melalui separa proses dan bukannya sampah 'mentah'.

Sunday 17 August 2014

Kitar Semula Elak Pembaziran

Secara purata rakyat Malaysia menghasilkan 0.8 kilogram sampah setiap hari oleh seorang individu. 45% dari jumlah sisa ini adalah bahan makanan, manakala 24% adalah bahan plastik dan selebihnya, 31% adalah bahan lain selain makanan dan plastik.

Kita sebagai pengguna perlu memainkan peranan untuk mengelakkan pembaziran. Pilihlah atau belilah barang yang tahan lama dan mudah di baiki. Kita juga patut menjalankan aktiviti kitar semula jika terdapat lebihan barangan di rumah.

Konsep zero waste atau sisa sifar ini telah banyak di praktikkan di negara luar. Konsep ini memastikan pengguna seboleh-bolehnya melakukan usaha kitar semula bagi memelihara alam sekitar dan memperolehi manfaat dalam bentuk penjimatan kos operasi.

Sebenarnya konsep sisa sifar ini adalah selaras dengan apa yang di anjurkan oleh Islam. Kita di ingatkan agar tidak membazir kerana membazir itu amalan yang tidak baik. Konsep sisa sifar juga adalah konsep yang menekankan langkah pencegahan dimana kita disaran menguruskan sumber dengan cara berhemah.

Namun kita sekarang berada di peringkat pengurusan sisa. Masih belum terlewat sekiranya kita ada langkah kitar semula yang kukuh dimana setiap sisa ditukarkan kepada bahan yang lebih bernilai dan berharga.

Kita berada di pihak yang rugi sekiranya pengurusan sisa pun kita masih belum mampu untuk menguruskannya. Pembaziran sumber akan terus berlaku tanpa ada pelan pengurusan sisa yang mampan.

Sisa Sifar (Zero Waste) : Pendekatan Terbaik Mengurus Sumber

Definisi Kitar Semula

Merujuk kepada laman web  http://www.sisa.my/sisamy/ kitar semula bermaksud mengutip, memungut dan kemudian mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan menukarkan bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada bahan lain yang mempunyai nilai.

Bahan yang bernilai ini boleh menjadi sumber berharga yang berfaedah kepada alam sekitar, menyumbang kepada kewangan dan memberi nilai tambah terhadap sosial masyarakat. Bahan - bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. Manakala sisa makanan boleh dikitar semula untuk menghasilkan biogas dan biobaja.

Untuk maklumat lanjut bolehlah merujuk kepada Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007.